Friday 1 March 2013

Bila hati Berbicara... :) @ :(


"Jadilah diri sendiri dalam hidup ini kerana kita akan menghadapi ujian hidup 

yang berbeza dengan orang lain. Tembok di hadapan kita tidak sama tinggi dan 

rendahnya dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita. 

Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi kita 

atau mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita."


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu 

mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air 

begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan 

mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 


Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada 

seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA 

oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia 

mengingatmu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap 

pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar 

keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya 

semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin 

ia masih dapat dipergunakan lagi.... 



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu 

terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah 

bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. 

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga 

akhirnya.... 


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. 

Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang 

lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh 

memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan 

seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... 

MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang 

lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia 

menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...









HATIKU...emm ye ke?


No comments:

Post a Comment

SEKADAR MENGISI MASA LAPANG..

Jom intai- intai apa yang ada ye...